Jahatnya Abu Jahal
"Pada suatu hari, Abu Jahal
memerintahkan pengikut-
pengikutnya untuk mengorek
sebuah lubang yang dalam.
Didalam lubang itu diisikan
dengan pelbagai jenis benda
tajam seperti kaca, buluh
runcing, besi tajam dan
sebagainya. Kemudian lubang
itu ditutup kembali untuk
menyembunyikan segala
barangan yang berbahaya
didalamnya.....
Kemudian dia berpura-pura
sakit dan memerintahkan
hambanya supaya memberitahu
Rasulullah tentang
“kesakitannya” dan meminta
Rasulullah datang melawatnya.
Maka pergilah khadamnya ke
rumah Rasulullah dan
memberitahu perkabaran
tersebut. Tanpa berlengah,
datanglah Rasulullah yang
berhati mulia dan bersangka
baik terhadap bapa saudaranya
itu. Sampai sekerat jalan,
Rasulullah mendapat ilham
daripada Allah tentang
pembohongan Abu Jahal dan
Rasulullah pun berpatih balik ke
rumahnya.
Menyedari yang dirinya tak
boleh menipu Rasulullah, maka
marah benarlah Abu Jahal
sambil berlari turun dari
rumahnya sambil memaki
hamun Nabi Muhammad..Dalam
kesibukan dan kemarahannya,
maka Abu Jahal lupa tentang
lubang perangkap yang
digalinya sendiri. Lalu dia
terjatuh ke dalam lubang
tersebut dan meraunglah dia
kerana kesakitan akibat terpijak
benda-benda tajam didalamnya.
Mendengarkan raungannya itu,
maka semua khadamnya pun
datanglah untuk menolong Abu
Jahal. Mereka menghulurkan tali
untuk menaikkan Abu Jahal dari
lubang yang berbahaya itu. Tapi
Allah maha kuasa, semakin
panjang tali yang dihulurkan,
semakin dalam lubang tersebut
dan Abu Jahal tidak dapat
memegang tali yang dihulurkan.
Akhirnya Abu Jahal putus asa
dan berkata “ Kamu semua tak
akan berjaya menaikkan aku.
Hanya Muhammad yang akan
berjaya menyelamatkan aku dari
lubang ini. Pergi panggil
Muhamad “
Setelah Rasulullah tiba ditempat
kejadian, beliau hanya
menghulurkan tangan untuk
menaikkan Abu Jahal dari dalam
perigi tersebut. Akhirnya
selamatlah Abu Jahal. Sebaik
sahaja Abu Jahal dapat
diselamatkan, maka terserlah
sifat jahat Abu Jahal. Sebaik saja
beliau selamat, Abu Jahal terus
mengatakan “ Hebat sunguh
syihirmu ya Muhammad”.
Demikianlah degilnya dan
jahatnya perangai Abu Jahal…"
Adakah lagi orang yang bersifat
seperti Abu Jahal?
Adakah lagi manusia yang
mempunyai keperibadian
seperti Rasulullah SAW??
Berusaha la untuk mencontohi
sifat dan keperibadian
Rasulullah SAW dan menghindari
sifat seperti Abu Jahal..semoga
kita mendapat keredhaan Allah
SWT.Smoga kisah di atas dapat
memberi pengajaran kepada
kita semua.